 |

Hanya Aku

kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Setiap insan yang dilahirkan dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Setiap insan juga mempunyai tujuan kewujudan masing-masing di dunia ini, dan salah satu tujuan itu, adalah untuk mengingatkan diri sendiri, betapa murninya hidup ini. Setiap kelemahan adalah tunggak kelebihan, dan setiap kelebihan pasti ada kelemahan. Yang penting, adalah bagaimana seseorang itu menerima kelebihan itu, tanpa melihat kepada kelemahan yang datang bersama.



Cinta...
Jika disimpan dihati hanya tuhan saja yang tahu kemurniannya
Cinta... jika di luahkan di mulut sekampung tahu.. Binasa jadinya
Rahsia Hati... Sekuntum bunga di tengah padang. Asyik menari di hembus angin. Sendiri... melenggok, berputar....
Indah tarian sang bunga, menarik kupu-kupu untuk terbang mendekati, turut menari...
Kupu-kupu dan bunga menari bersama-sama, saling kejar -mengejar,Mereka tampak dekat,
Namun tahukah jika sang bunga bukan menari untuk kupu-kupu? Kupu-kupu salah sangka menafsirkan tarian sang bunga. Bunga menari kerana ditiup angin. Tariannya adalah gerakan hatinya. Sama seperti kita yang sering salah sangka terhadap tindakan orang lain. Atau tindakan kita yang sering membuat orang lain salah sangka. Memanglah manusia hanya dapat menilai orang lain dari tindakannya, Tapi Rahsia Hati, hanya Tuhan Yang tahu.
 Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

KU BERTEDUH DIBALIK CINTAMU
Bila kau disisi Aku tiada hirau Esok bagaimanakah rupa Janji jadikah nyata atau hanya tinggal mimpi Bagai malam tanpa penghujung! Kasih kita nyanyikan lagu Pujuklah hatiku Kita usir mimpi-mimpi ngerimu Dan mari kita sama-sama Harungi lautan cinta Bekalkan pendayung sebuah keikhlasan Menuju titik perhentian Mimpi-mimpi kita memang Indah dan mengasyikkan Hingga sering aku lupa Manakah malam manakah siang Kerana yang ada adalah Rindu menanti dalam resah Berteduh dibalik dada cintamu
*dipetik dari Novel Ku berteduh dibalik Cintamu
(Puisi ini pernah kuuntaikan buat insan yang mendiami disudut terikhlas hatiku bukan dulu tapi kini dan selamanya... Insyallah)


TENTANG CINTA . . .
Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.
Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.


Kau Satu Satunya (Ukays)
Oh..... Siapalah aku ini.. Tanpamu.. Duniaku pasti tak berseri.. Dan hidup tak menjadi..
Kau bagiku.. Satu-satunya.. Ku meminta.. Ku bermanja.. Ku rindui.. Ku kasihi.. Di hatiku kau abadi..
Dengan sinaran kasihmu.. Kian terancang hidupku.. Tiada lagi keraguan.. Kau bagiku kekuatan.. Mana jua kau berada.. Ditemani cahaya cinta..
Sejak dirimu ku dekati.. Diriku ini ku kenali.. Hanya engkaulah.. Sesungguhnya tiada dua..
Di cermin kaca ku memandang.. Diri ku serba kekurangan.. Namun bagimu.. Bukan itu jadi ukuran..
Melengkapi hidup kita.. Bukan harta.. Bukan nama.. Bukan rupa..
Kau bagiku.. Satu-satunya.. Ku meminta.. ku bermanja.. Ku rindui.. ku kasihi.. Di hatiku kau abadi...


Bila aku Jatuh Cinta
Allahu Rabbi aku minta izin Bila suatu saat aku jatuh cinta Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku Anugerahkanlah aku cinta-Mu... Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin...




♥My Home♥
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Monday, March 24, 2014
Lisan terungkap
Hati tersiat
Naifnya diri
Kudrat terbatas
Kekurangan milik diri
Rupa
Daya
Jiwa
Tidak ku pinta lahir
Anugerah Allah adalah takdir
Aku Redho....
Abah Mama...
Maafkan aku
Anak yang hina menyembah harap
Tuhan
Hidup kedepan
Aku terima segala ujian
Kuatkan iman ku
Kuatkan jiwa ku
Kuatkan hati ku
Ilham rasa
-Zana-
25/3/2014 (Isnin,11.15
malam)
* Nenek kenapa cepat tinggalkan aku... ;-(. Air mata berlagu tidak kenal erti
jemu... menemaniku tidak kira ruang waktu...

Posted at 3/24/2014 8:17:32 pm by zana1038
komen anda
SUBHANALLAH.... Hebat ciptaan Allah pada sebuah nama 'MEMORI' tiada pita rakaman dunia yg mampu menandingi privacy rakaman kehidupan.. Sesungguhnya... segala manis pahitnya indah khusus dalam khayalan....
Ya Allah aku ini amat rindu Saat pipi diusap bayu... Saat menatap kelip-kelip neon Dan bintang malam Memori lalu tetap bertandang dan bertandang Kesyahduan mula membawa genang air mata Jiwa mula dipantul rasa...
Ilham rasa -Zana- 22/10/2013 (Selasa, 4.05 petang)

Posted at 3/24/2014 8:11:55 pm by zana1038
komen anda
Wednesday, September 25, 2013
Saat aku cuba mengukir ceria sedaya keringat aku satukan sungguh aku tak mampu kerana perasaan aku telah hancur Saat mereka bertanya Apakah tiada lagi rindu Jawapannya masih ada Cuma perasaan aku telah hancur Saat aku cuba Mengumpul mencantum jiwa Ia terus berkecai dan berkecai Sebenarnya perasaan ku Telah hancur Telah mati Aku lelah Dalam kembara hidup ini Ilham rasa -Zana- 4/7/2013 (Sabtu,3.55 petang) * Hati yang retak dapat diubati dkesan oleh pakar terkemuka, tapi perasaan yang hancur hanya aku dan Allah yang tahu! NILAI jangan tunggu aku.... 
Posted at 9/25/2013 5:21:14 pm by zana1038
komen anda
Wednesday, June 02, 2010
Terima kasih Tuhan Atas anugerah MU biar pun pahit akan ku redah!!!!
Nukilan -Zana- 11/5/2010 9.35 pagi * Ya Allah.. tiada apa yang paling aku impikan melainkan hujung nyawaku di jemput dalam redho dan rahmat-MU. Jangan KAU jauh dari ku.. hanya pada MU aku berserah... 
Posted at 6/2/2010 5:43:27 pm by zana1038
komen anda
Thursday, July 30, 2009
Ya Allah....
Aku kembali merayu mu
Pulangkan tenang degupan jantungku
Kembalikan kedamaian hati ku
Ya Allah....
Jangan kau jauh dari ku
Jangan kau biarkan aku
Penuhilah hati ku
Penuhilah jiwa ku
Dengan limpahan Nur Kasih Mu
Ya Allah....
Jangan kau tinggalkan aku
Tanpa Mu siapalah aku
Ya Allah....
Aku dambakan segalanya dari Mu
Kasih Mu ....
Sayang Mu ....
Cinta Mu ....
Rahmat Mu ....
Ya Allah....
Aku perlukan Mu
Aku bersujud pada Mu
Moga deraian mutiara mataku
Di terima Mu............
Ilham rasa
-Zana-
28/7/2009 (Selasa,1.07 petang)
* Sesungguhnya hidup ini satu pelayaran untuk mencari titik akhiran...
.jpg)
Posted at 7/30/2009 1:52:07 am by zana1038
komen anda
Wednesday, July 22, 2009
Di luar sana hujan
Di hatiku juga hujan
Turunlah hujan
Turunlah lebat-lebat
Basahkan pipiku
Basahkan hatiku
Moga ada tenang
Di sebalik sapaan mu
Mengerti akan aku
Bahawa ...
Tuhan sedang berbicara denganku
Dengan hidupku
Moga ada mujahadah
Dalam kesyahduan ku
Ilahi...
Pasrahku...
Untuk Mu
Ilham rasa
-Zana-
28/6/2009 (Ahad,10.48 malam)
* adakala hidup ini tidak mudah untuk di redah... namun kembali pada yg Esa... hanya dia yg arif mentafsir segala badai... Tuhan! jangan kau lepas aku dari talian rahmat Mu. Pandulah aku hingga hujung nyawa ku....

Posted at 7/22/2009 10:23:15 pm by zana1038
komen anda
Wednesday, July 15, 2009
Bila rindu bertamu Aku kembali menghitung rindu Siapalah aku Tanpa Mu..........
Kususun ayat-ayat cinta ku
Di sejadah rindu ku
Hanya pada Mu
Ilham rasa
-Zana-
11/6/2009 (Khamis,7.31 pagi)
* Ya Allah.. Kau Tenangkanlah hati ini....
Aku tak tahu badai apa yg sedang menampar tenang hidup ku..
Tuhan otak aku benar2 buntu..
Tak tahu apa yg sebenarnya sedang aku fikirkan..
Rasa macam ringan sahaja jasad ini..
Tuhan.. kasihanilah aku..
Bendunglah jiwa ku ini...

Posted at 7/15/2009 10:10:52 pm by zana1038
komen anda
Wednesday, June 10, 2009
Kasih bukan sekalung intan
Hati bukan sekeras batu
Akal bukan sebeku logam
Diri bukan setabah mujahidah Mu
Dan aku..
Selemah yang adanya
Tuhan..
Bila bahagia bertamu
Seakan aku mahu hidup lebih lama
Tapi tuhan..
Aku tahu ini ujian Mu
Ini bukan pintaku
Tabahkanlah aku
Mentafsir bahagia
Mentafsir cinta
Mentafsir ukhuwah
Agar teradun pelangi ibadah
Hanya untuk Mu
Kasihanilah aku
Kemelut jiwaku......
Ilham rasa
-Zana-
8/6/2009 (Isnin,8.55 pagi)
* ... ada masa ada ketika kita tidak rela menjadi lilin... ada waktunya kita tidak diminta namun kita yang redha.. adakah itu satu keikhlasan yang tidak dipertikaikan..?

Posted at 6/10/2009 9:12:13 pm by zana1038
komen anda
Tuesday, June 09, 2009
Dalam meniti ranjau hidup ini
Kekadang sinambungan sukar ditafsirkan
Ada kawan makan kawan
Ada sahabat rupanya hanya teman
Dalam dunia penuh kepuraan
Sukar kita menempa keyakinan
Adakah kawan benar-benar kawan
Atau kawan hanya ada kepentingan
Persahabatan perlu ikatan
Benarkah?????
Unkhuwah sering diketepikan
Aku semakin hilang tafsiran
Kata orang
Cinta itu luas tafsiran
Ukhuwah itu penting dalam persahabatan
Kemesraan itu perlu diterapkan
Agar persahabatan terus berkekalan
Lalu atas semua pertemuan
Atas semua kesetiaan
Atas semua kepuraan
Atas semua kelukaan
Ku pilih usai disini!!!
Ilham rasa
-Zana-
Kondo Istana, Langkawi
28/8/2007 (Selasa,10.00 pagi)
* .. Adakah keterpaksaan membuatkan insan bersembunyi di tirai diri.. sebaiknya kita menghargai setiap detik yang datang kerana tidak mampu menarik waktu yang berlalu untuk menggantikan dengan kisah baru...

Posted at 6/9/2009 5:44:18 pm by zana1038
komen anda
Indah gemalai awan menawan sukma
Dalam gumpalan terbentuk arca
Biasan senja menambah serinya
Terleka aku dalam keasyikkannya
Bayu lembut mengusap jiwa
Terbuai ikal rambutku dalam kelembutannya
Terpana aku dalam keunikannya
Anugerah tuhan penambat jiwa
Dalam keasyikan azan bergema
Perjanjian siang malam tiba waktunya
Berjanji aku pada yang esa
Kuakur segalanya
Esok...
Andai mentari mencerah
Kan kunanti lagi senja yang indah
Meskipun seketika
Keindahannya cukup buat aku terpana!!!!
Ilham rasa
-Zana-
24/8/2007 (7.30 malam)
* Sendiri aku tenggelam dalam keasyikan keindahan ciptaan yang maha esa

Posted at 6/9/2009 5:04:53 pm by zana1038
komen anda
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|